WAKAF TELAGA AIR UMAT ISLAM DI NEGARA ASIA

PENGENALAN

Nasib Muslim Minoriti di Arakan, Myanmar sungguh malang. Mereka yang berketurunan Rohingya ini bukan sahaja dibunuh dengan kejam, dibakar hidup-hidup dan dihalau dari kampung halaman mereka, bahkan yang terkini sumber air bersih dan selamat mereka turut dicemari. Bayangkan, betapa liciknya stratergi pembunuhan etnik (etnic cleansing) kepada masyarakat Rohingya, tidak puas dengan pembunuhan secara terang terangan, strategi diubah dengan pembunuhan senyap pula dengan meracuni sumber air mereka.Menyedari betapa pentingnya persaudaraan Islam tanpa mengira sempadan geografi, SERANTAU MUSLIM mengambil inisiatif untuk membela nasib Umat Islam Rohingya dengan melancarkan projek wakaf telaga dan pam air. Mari kita saksikan video dibawah mengenai betapa pentingnya telaga air ini untuk rakyat Rohingya.

56-2-1024x768
71(5)

Bagi meneruskan Projek Wakaf Telaga ini, pihak kami bukan sahaja membuka peluang kepada anda untuk berwakaf kepada Rohingya sahaja, bahkan kami turut membuka peluang kepada anda untuk melakukan ibadah wakaf ini ke seluruh negara-negara Asia terutama seperti Bangladesh, Nepal, Vietnam, Myanmar dan banyak lagi.

Hal ini bukan sahaja dapat membantu mereka yang memerlukan untuk mendapat bekalan air bahkan, sekaligus dapat membantu mereka mendapat bekalan air bersih.

Alhamdulillah, dalam FASA 2 & 3, sejumlah 110 buah telaga telah berjaya diwakafkan oleh orang ramai, badan korporat dan NGO. Manakala pada FASA 4 & 5, sebanyak 105 buah telaga pula telah diwakafkan dan kebelangan ini kami baru sahaja menjalankan pembinaan telaga bagi FASA 6 & 7 sebanyak 180 buah telaga.

Maka jumlah keseluruhan telaga yang diwakafkan sehingga kini ialah sebanyak 395 buah telaga.

Kini, sempena BULAN RAMADHAN  INI, kami sedang melancarkan fasa baru untuk wakaf telaga air iaitu FASA 8 sebanyak 150 buah telaga.

Adakah anda berminat untuk berwakaf ? Sebelum itu, mari kita lihat apa yang Rasulullah S.A.W bersabda mengenai wakaf telaga air ini.

  • Daripada Anas Bin Malik,… Bahawa dia pernah berjumpa Rasulullah S.A.W lalu bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal dunia dan dia tidak berpesan (buat amal jariah untuknya). Adakah sampai pahala kepadanya jika saya bersedekah untuknya?” Rasulullah menjawab “Ya, hendaklah kamu sedekah melalui SUMBER AIR”. (Hadith Anas Riwayat Tabarani)


  • Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?” Rasulullah S.A.W bersabda “Air…” . Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….” (Hadith Saad Riwayat Abu Daud)




  • Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda “Tiada sedekah yang lebih besar ganjaran pahala melebihi AIR”. (Hadith Abu Hurairah Riwayat Baihaqi)




Terima kasih kerana terus membaca hingga ke sini. Ini bererti anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai wakaf telaga air ini. Alhamdulillah.

Untuk membuktikan bahawa wakaf telaga anda benar benar terbina, pihak kami akan berikan gambar telaga  yang anda wakafkan dan telah siap dibina  kepada anda.  Kami juga akan postkan di facebook kami http://www.facebook.com/SerantauMuslim gambar telaga yang anda wakafkan.

Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, anda boleh menulis nama anda ataupun orang yang anda niat wakaf di telaga tersebut.Subhanallah. Menarik kan?

Contoh gambar telaga yang telah diwakafkan boleh dilihat dengan menekan butang disebelah :

Baiklah, untuk membuatkan anda lebih yakin untuk terus berwakaf, sila lihat koleksi testimoni dari pewakaf sebelum ini dan juga koleksi gambar telaga wakaf untuk fasa sebelum ini.

Alhamdulillah. Anda telah membaca sampai kesini.

Ini bererti anda memang betul betul berminat untuk berwakaf. Tahniah dan terima kasih.

Kami nak maklumkan kepada anda, bahawa anda cukup bertuah kerana berwakaf telaga air melalui kami.Mengapa?

Anda dapat menulis nama pewakaf (diri sendiri ataupun pihak lain) sehingga 20 abjad.

Masa pembinaan yang sangat pantas. Diantara 2-3 minggu sahaja. Ada rekod yang sebelum ini siap dalam masa seminggu sahaja.

Anda akan diberikan sijil wakaf daripada pihak kami.

Layanan first class untuk sebarang persoalan melalui medium whatsapp @ call. Segala persoalan akan dijawab segera. Insya Allah

Kami sedang sediakan beberapa gift @ hadiah misteri kepada anda, insya Allah sangat menarik dan mengujakan. 

Resit juga akan diberikan sekiranya diminta.

Anda akan dapat gambar telaga yang telah siap dibina melalui whatsapp. Kami akan sentiasa update dengan anda. Anda tak perlu tertunggu tunggu bila akan dapat gambar telaga yang telah anda wakafkan.

Wahh..!!! Bestnya. Nak berwakaf lah sekarang!

Wow. Subhanallah. Semangatnya. Hehe. Nanti dulu.

Tapi sebelum tu, kami nak maklumkan yang peluang berwakaf ini ada had masanya.

Peluang wakaf ini akan ditutup pada bila bila masa. Eh, Kenapa pula? Ok, ini antara sebabnya :

 

Sebab cuaca hujan lebat dan taufan di Myanmar menyebabkan mereka sukar untuk membina telaga. Paras air naik dan sukar untuk menganggarkan kedalaman yang sewajarnya untuk bina telaga dan bagi mengelakkan telaga tiada air selepas musim hujan berlalu.​

Keadaan tidak stabil di Myanmar terutamanya pada tahun 2008, kekejaman dan serangan sering berlaku hampir setiap masa menyebabkan kebarangkalian projek wakaf ini terhenti pada bila-bila masa.

Kami mahu fokus membantu Muslim Minoriti di negara lain yang turut memerlukan bantuan.

Ini adalah Fasa Kelapan yang kami anjurkan program pembinaan telaga wakaf ini, jadinya kami mahu fokus pula permintaan lain daripada mereka seperti generator, bekalan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya.

Bagi Fasa 8 ini, kami hanya membuka hingga 150 unit telaga sahaja. Sehingga kini, kami masih membuka peluang kepada anda semua untuk mendaftar dan merebut ganjaran pahala di bulan Ramadhan ini.

Untuk itu, kini wakaf telaga bagi FASA 8 dibuka sehingga 30 Jun 2019

Harga kos pembinaan sebuah telaga wakaf hanyalah RM 1,600 sahaja. 

Oleh kerana terlalu banyak permintaan, kini kami ingin membuka peluang kepada semua yang ingin menyertai wakaf telaga dengan kadar harga yang lebih rendah!

Mari kami kongsikan berita gembira ini.

  • PAKEJ RM 200 / PER LOT

    • Satu telaga dikongsi bersama 8 penderma yang lain
    • Sijil akan diberi melalui email sahaja
    • Gambar dan video telaga akan diberikan kepada penderma selepas telaga siap dibina (dalam tempoh minimum 2 minggu)
    • Nama telaga akan diletakkan sebagai umum (Contoh: KUMPULAN 1)
photo_2019-03-21_11-17-18
  • PAKEJ RM 800 / PER LOT

    • Satu telaga dikongsi bersama 2 orang penderma 
    • Sijil akan diberi atas nama penderma dan dihantar melalui email sahaja
    • Gambar dan video telaga akan diberikan kepada penderma selepas telaga siap dibina (dalam tempoh minimum 2 minggu)
    • Nama telaga akan diletakkan atas dua penama pendek
photo_2019-03-21_11-16-46
  • PAKEJ RM 1600 / PER LOT

    • Telaga adalah telaga persendirian
    • Penderma boleh meletakkan apa jua nama yang diinginkan di telaga (tidak melebihi 20 abjad)
    • Sijil akan diberi atas nama penderma dan dihantar melalui email atau pos
    • Penderma akan diberikan hadiah istimewa daripada kami
    • Gambar dan video telaga akan diberikan kepada penderma selepas telaga siap dibina (dalam tempoh minimum 2 minggu)
photo_2019-03-21_11-17-26